Pantun Di Pagi Jumaat | Tirana Aduka
Custom Search

Friday, January 17, 2014

Pantun Di Pagi Jumaat

Rabiul Awal di bulan ini
Maulud Nabi meriah sekali
Negara Malaysia Aman Harmoni
Hidup makmur Indah sekali

Kali ni BRIM keluar lagi
Yang dapat seronok sekali
Kalau tak ambik nanti rugi
Dalam setahun Hanya sekali

Sayur kangkung sayur Kampung
Tak sangka harganya boleh melambung
Dalam dunia usahlah sombong
Nanti Hidup dalam keponpong

Banjir Melanda di tahun ini
Banyak sekolah tidak di buka
Setiap dugaan perlu di amati
Berfikiran positif minda terbuka

Rakyat jelata hidup harmoni
Pemimpin yang baik kita taati
Hidup ini hanya sekali
Biarlah mati meninggalkan budi

Hujan lebat di petang tadi
Hijau bumi basah di siram
Kehidupan dengan redha ILAHI
Agar hidup sentiasa tenteram

5 comments:

Anonymous said...

salam jumaat tirana aduka..

alhamdulillah krn diberi peluang utk bernafas di bumi Allah ini,pagi jumaat yg indah,di sini masih kedengaran ayam berkokok,kenderaan lalu hiruk dan pikuk,perut pula sedang menyanyikan lagu gelora.jomm sarapan.hehe

oakleyses said...
This comment has been removed by a blog administrator.
oakleyses said...
This comment has been removed by a blog administrator.
oakleyses said...
This comment has been removed by a blog administrator.
yanmaneee said...

balenciaga trainers
air max 270
christian louboutin shoes
moncler
valentino
jordan retro
curry 4
baseball jerseys
timberland
fila sneakers