Lamanya Aku Buat | Tirana Aduka
Custom Search

Friday, April 19, 2013

Lamanya Aku Buat

http://aku-saya-alam.blogspot.com
Triumph Bath Tub Carburator
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Tahun ke tiga aku membuat Triumph Bath Tub aku...
satu jangka masa yang lama ..memang lama dan memerlukan masa serta pengorbanan, wang ringgit usah cerita..bagikan air yang mengalir di bilik mandi..tak deras..tapi sering mengalir.


Sering tersenyum pabila berjumpa dengan sesiapan.. tidak pernah marah , apalagi mencaci seseorang jauh sekali mengumpat , menjadi batu api tidak sekali itulah dia, sepanjang umur hidupku aku meneganlinya itulah perwatakkannya,


     Badannya yang tegap dan berkulit putih bersih , rokok suria atau lenteng memang tak lekang dari bibirnya..kalau tak de motorsikal dia akan berjalan kaki dari satu  tempat ke satu tempat yang  lain..
Mungkin dengan sikap yang baik dan ramah itu menyebabkan  dia senang untuk di dampingi. tak kira melayu , cina dan india semuanya sama..


Masjid jauh sekali nak di pijak..bukan membuka pekong si dia sebaliknya aku...aku ingin menyatakan sesuatu pada penulisan ku ini..

Baca yang mengerti maksud tersirat alhamdulillah....bagi yang kurang jelas...aku memang segaja sembunyikannya...

Berkongsi tentang pembikinan Triumph Bath Tub dengan si dia memang menarik, walau tidak punya.tetapi tahu selok belok perkembangan dunia Triumph bath Tub di tempat aku..

    Dia mempunyai sebuah perniagaan yang kalau di lihat pada mata kasar ,     hidup segan mati tak mahu tetapi masih mengekalkan servisnya hingga akhir riwayatnya..tidak menyusahkan semua orang bahkan jika kekurangan duit semasa membeli..disuruh bayar esok sahaja..tak mengira bangsa , agama maupun keturunan, semuanya di layan sama rata..bagi yang nak bayar di terima dan yang keluar dari mulutnya..

'OH ya ke..saya pun dah lupa" 
'TERIMA KASIH '

Itulah yang ku dengar ketika aku berada di situ...tak bankrup-bankrup perniagaannya ...nampak pelik..tetapi benar kulihat.
Aku ni jenis yang nakal..aku bertanya padanya.. adakah dia mengamalkan sesuatu atau mengunakan sesuatu untuk melariskan perniagaannya...biasalah orang jawa ni,,, sering mencari atau menggunakan sesuatu yang mengarut....MENGARUT..!!!!!!!!!!!
Terbahak-bahak dia ketawa dan jawapan yang aku terima bukan pada masa itu sebaliknya 3 minggu hampir sebulan baru aku mengerti..Jawpan di berikan jua akhirnya...

Aku kerap lepak di tempatnya..ialah kedai makan-ala-ala kopi tiam 24 jam operasi dan pengunjungnya silih berganti..Dia menguruskan bersama isterinya dan 4 orang pembantu Indonesia yang nakal tangannya ( suka mencuri wang hasil jualan)
Bukan nak menuduh sebaliknya aku sendiri yang nampak...PUN dia selamba dan berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku..setelah aku memberitahu akan kecurangan yang ku lihat di depan mata kepala aku sendiri

" aku tahu sejak mula di bekerja..aku ada bertanya padanya, katanya dia jujur..'  Orang tua itu
" mungkin satu hari nanti dia akan kembali kepada sikap yang amanah..tuhan itu adil" balasnya lagi...

   Bersolat..huhuhuhuhuhu rasanya amat jarang dan aku rasa seperti tak wujud dalam dirinya...walaupun aku tak bertanya padanya secara terus...tapi aku yakin....aku memang agak berani bertanya sebab aku perlu tahu dan dia juga tak keberatan ...

   Kadang-kadang aku lihat dia solat JUMAAT duduk di saf tengah , kadang-kadang ....yang membuatkan aku kagum dia boleh berbicara soal hati yang bersih dan luhur ..ayat-ayat itu biasanya hanya orang faham  dan mendalaminya sahaja akan berkata sedemikian..bukan kata sekadar ucapan di bibir , tapi pemahaman yang dalam  serta penghayatan tentang erti sebuah kejujuran  dalam kehidupan itu amat-amat perlu...

   Tahun berganti tahun dia di duga dengan kesihatan isterinya di tarik... sedikit-demi sedikit...semakin keuzuran si isteri itu..     dia mengharunginya dengan tabah..bukan minggu atau bukan bulan sebaliknya 7 tahun bersama isteri yang sakit dan menderita..
Aku melawatnya....kerap juga...mungkin naluri aku yang ikhlas untuk membantu dari segi yang mampu , kalau tak dari  segi kewangan aku bantu dari segi motivasi..... sokongan dan galakkan untuk terus hidup ,   dalam 7 tahun    , jika aku seminggu atau 2 minggu tak melawat.kerinduan melanda mereka ( mereka berdua ) memuncak..ntah tak tahu apa yang ada pada aku...bukan mereka tak punya anak...sebab bial aku sampai dia akan memeluk dan mencium pipiku dengan erat ...lemas juga aku ...adoi..

Aku bukan datang bagi duit....buah tangan jauh sekali memandangkan aku hanya buruh kasar dan menyara keluarga ku...alhamdulillah....

Kadang hati ku terdetik berkata sesuatu...lama tak lawat si dia..( bukan makwe ) ...

   Allah maha penyayang..Dia diuji dengan kehilangan isterinya itu.dengan tenang dia rela /redha dan pasrah...sejak itu aku lihat dia sering ke masjid dan surau walau berada di saf belakang dia tetap hadir...
Aku gembira melihatnya..syukur..
Aku sempat lepak bersamanya sewaktu dia solo..( duda).. dan sempat juga bergurau senda dengannya..masih sama dangan perwatakan lamanya...aku kagum....allah maha penyayang..

Rezeki dia murah...dia menunaikan UMRAH.tetapi aku  tak sempat menghantarnya ke airport..agak terkilan juga aku.....

Dia menghembuskan nafas yang terakhir di sana, sebak dan terkejut juga aku mengetahuinya pada hari Jumaat dengan pakaian ikhramnya. dan selamat di kebumikan di sana.selepas solat zohor..keadaannya disini dan sebelum menunaikan umrah sihat walafiat dan 100 % seperti biasa pada cerita anak-anaknya...tiada berpenyakit...penyakit pakej jauh sekali...

Aku rasa kalau ,      berbicara soal mati..mungkin bagi pembaca baru ,  takut untuk memikirnya..
Mati di Tanah Suci Mekah..?
Mati pada hari Jumaat ?
huhuhuhuhuhu....biarlah google yang berbicara mengenai soalan yang ku tulis itu...tentunya jawapan yang lebih sahih dan afdhal  akan anda temui di situ..

Al-Fatihah-  : Tuan Haji Mughni  & Puan Hajjah lily

TiranaAduka





8 comments:

Unknown said...

Ada yang tersirat.

Tapi yang tersurat saya ucapkan takziah pada keluarga arwah.

Al Fatihah.

che mid said...

Innalillahi wainna hirojiun.

Mizz Aiza said...

dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.. semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.. al-fatihah..

Kamsiah yusoff said...

sama2 kita berdoa...agar diberi pengakhiran hidup dalam keadaan baik dan mulia..

Unknown said...

alfatihah.......
semoga kita semua pergi dgn tenang nanti.......

Bunda_nora said...

Takziah...dari Dia kita datang kepada Dia kita kembali..

JR said...

Terharu membacanya. Itu menandakan Allah menyayanginya, dia meninggal dalam keadaan sebaik itu sedang kita yg perasan dirinya baik belum tentu bagaimana pengakhirannya...

Nora Karim said...

Innalillahi wa innailaihirojiun... sebaknya baca...